
Aku mengaku memang aku agak pantang apabila ditipu walaupun dengan hal yang kecil, dari situ aku menekankan hal kejujuran dalam setiap perkara bagi pasangan aku. Biarpun ada kemungkinan aku akan meletup seketika namun aku cuba beratkan dari sudut kejujuran. Aku tidak kisah jika diberitakan suatu rahsia yang mengejutkan diriku sendiri tapi untuk melindungi satu perkara tersebut merupakan satu kesilapan yang besar. Aku seorang yang suka mengorek rahsia, menyimpan rahsia dan menilai setiap perkara, dan tidak mustahil suatu penipuan itu aku akan dapat tahu sendiri. Setiap perkara yang terlindung itu,lambat laun akan terbongkar juga, jadi adalah lebih baik berterus terang daripada menyimpan rahsia dan melindunginya dengan kenyataan lain.
Menyimpan rahsia dan melindunginya dengan kenyataan lain. Aku sudah sangat biasa dengan keadaan seperti itu kerana aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak pantas menangkap setiap perkataan orang. Jadi dari situ aku dengan mudah menangkap setiap satu perkara yang cuba disembunyikan. Terus terang aku katakan bahawa aku memang cukup benci dengan penipu tapi kebencian aku lebih kepada orang yang terlalu berahsia. Kalau dah kenyataan, mengapa mahu diselindung? Tak pelu membuka cerita lain untuk menutup cerita yang lain. Sekali kenyataan itu terbukti, memang aku akan menjadi tertekan. Tekanan yang aku terima sudah cukup banyak, aku dah tak sanggup nak menahan tekanan selain dari yang sudah sedia aku terima. Letih, penat, kecewa, dan menyampah, mungkin perkataan-perkataan yang sesuai digunakan untuk aku gambarkan keadaan aku tatkala terhantuk dengan situasi sedemikian.
Maaf. Aku tidak mengatakan bahawa seseorang yang rapat denganku kala ini menipu aku tapi aku tak tahu kenapa dalam keadaan sebegini aku terasa ada sesuatu yang dia tidak lagi berterus terang denganku. Perasaan ingin tahu dalam diriku ini sangat mendalam namun dek kerana sifat alami aku yang agak pendiam maka aku kebiasaanya akan mendiamkan diri dan cuba melupakan perkara tersebut. Dan biasanya aku akan gagal mengalihkan perhatian aku dari perkara tersebut. The truth is, I still can sense some lies in every truth she tells me and I don't know why. Mungkin perasaan aku sedang menguji akalku sendiri. Tak siapa tahu.
*please...no more hiding*
0 Responses So Far:
Post a Comment