How far can we walk? How much time does it takes to go from one place to another just by walking? How was the changes in time affect on our walk of life? Do you like walking? Semua soalan merapu untuk dimulakan kalau nak bercerita pasal pilihan dalam hidup. Ya, betul. Dalam hidup ini ada yang untung, ada yang rugi, ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang gembira, ada yang berduka, ada yang bercinta dan ada yang ingin dicintai. Itu semua merupakan lumrah dalam kehidupan. Memang betul dalam hidup ini ada beberapa perkara yang sudah menjadi ketentuan oleh-Nya. Tapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha sedaya upaya kerana perkara yang telah ditentukan dan tertulis di Luh-Mahfuz itu diletakkan didalam rahsia Allah. Jadi tidak ada sebab yang konkrit untuk mengabaikan usaha dalam mencapai kejayaan dalam hidup.
Ramai yang merujuk kepada aku, hampir-hampir berputus asa dengan keadaan yang menimpa, terutamanya soal cinta. Bagi aku, cinta ni perkara yang agak menyampah aku nak melayan. Baik lelaki ataupun perempuan, dalam percintaan, kedua-duanya akan jadi bodoh. Kenapa dengan mudah aku boleh melabelkan mereka? Sebab aku dah pernah duduk dalam situasi itu dan kini aku rasa kalau aku duduk dalam tempat tu maka aku akan jadi orang yang paling bodoh. Bermacam persoalan yang diajukan, kesemuanya aku tembak balik kepada penyoal. Daripada sekecil-kecil masalah, sehingga kepada perihal yang sudah berumah tangga konon-kononnya. Bukan nak mendabik dada tapi aku seringkali kasihan dengan kawan-kawan aku tu sebab kebanyakannya hanya akan nampak masalah tanpa terfikir cara penyelesaian. Itu merupakan kelaziman bagi sesiapa yang dihimpit masalah, setiap permasalahan itu akan menjadi penghalang bagi mereka untuk memikirkan penyelesaian.

0 Responses So Far:
Post a Comment