Bila bercakap tentang cinta, remaja-remaja sekarang ni 'advance' betul. Yelah, dibekalkan dengan ilmu dari drama 'Lagenda Budak Setan', disulam pulak dengan kisah cinta-cinta TV1, TV2, TV3, Astro Ria, HBO, Cinemax, StarMovie, dll, dibanjiri lagi dengan video 3gp rempit, budak sekolah, budak kolej, PLKN, itu dan ini dan disertakan pula lagu-lagu yang dijadikan sebagai panduan hidup seperti lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' dari Ustaz Syahir. Memang sangat advance dan hasilnya pun boleh tahan, selang seminggu jumpa baby bawah tangga, jumpa janin dalam parit, jumpa mayat kat pintu masjid, dan macam-macam lagi. Ini semua berpunca daripada perasaan cinta. Cinta itu tak salah, bercinta pun tak salah, tapi dipengaruhi cinta dan digenggami nafsu itu yang buatkan banyak benda jadi salah. Sebenarnya mentaliti dan gaya yang dipupuk dalam kehidupan kita dari kecil sampai dewasa ni yang memainkan peranan dalam mengawal semua tu. Tidak perlu aku tunding jari menyalahkan pihak itu, mengata pihak ini, cukuplah kalau aku katakan pembawakan dan peredaran persekitaran ini sebenarnya membuatkan ramai yang tersasar dari jalan sebenarnya. Aku pun pernah tersasar dan sehingga kini I'm trying to keep myself on the right path, Alhamdulillah semuanya masih berjalan dengan baik.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Pada fikiran aku sebenarnya tulis pasal topik ni agak buang masa sebab kalau nak diceritakan soal cinta, selagi ada bulan dan matahari, selagi pertukaran siang dan malam tu tak terhenti, selagi tu permasalahan cinta akan timbul. It's an endless story. Tapi aku tetap jugak tulis sebab saja nak lari sikit dari topik politik dan kerisauan tentang exam. Apa-apa pun, walau setinggi mana cinta kita kepada girlfriend, kita harus ingat bahawa keluarga tu masih paksi kita, dan Allah dan Rasulullah itu merupakan cinta teragung kita.
"Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” - Sahih Al-Bukhari
“Demi Allah yang memakmurkan dunia, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang antara satu sama lain.” - Hadis riwayat Muslim

8 Responses So Far:
Hadist riwayat Al-Bazaar dengan sanad hasan dari Abdullah bin Amr, ia berkata: Rasulullaah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Siapa yang mencintai seseorang karena Allah, kemudian seseorang yang dicintainya itu berkata, “Aku juga mencintaimu karena Allah.” Maka keduanya akan masuk surga. Orang yang lebih besar cintanya akan lebih tinggi derajatnya daripada yang lainnya. Ia akan digabungkan dengan orang-orang yang mencintai karena Allah.”
:)
gudlike..
"Kalau kita tak ada jodoh, saya tetap terhutang budi dengan awak sebab dalam diam saya berubah kerana cinta saya kat awak"
ayat ni best !
:)
dale presentation CTU maso ak sem1 kalu x silap... ado saen ak ssebut pasal cinta nih..
"kalu kita menyintai seseorang dan kita tahan drp meluahkan perasaan cinta itu sbb belum tiba masa yg sesuai, maka itu dikira jihad jugak (jihad melawan hawa nafsu)"
jolo jugok hok mu royak tu Q,tp ia mnimbulkan tanda tnya kpd ku...adakah kau mncintaiku naQ???
parot munyet...
munyet mum kerek2?
Post a Comment