Huii..hangat betul dan sangat 'gegang' lah. Semua orang nak kecoh pasal teguran aku. Konon aku backup sana, konon aku tembak sini. Ada pulak lagi yang melalut cakap apa pun aku tak faham. Macam ni saje lah, 'mu' nak melatah tolong jangan libatkan aku. Buah fikiran aku, pendapat aku, tak ada menyebut pun nama 'mu'. Aku respek kamu semua sebab teruskan membaca kerana membaca itu amalan mulia. Dan aku juga respek sebab korang berani mengetengahkan ketidak puasan hati tu terhadap aku. Secara keseluruhannya aku anggap semua itu teguran yang membina walaupun ada yang cuba nak mengeksploitasi penggunaan perkataan aku tetapi ter'back fire' diri sendiri. I'm not a debator tetapi aku seorang yang suka menggunakan ayat lain dari yang lain. Ok, pasal bab menegur. Ada yang tak puas hati dengan cara teguran aku, tapi Alhamdulillah ramai yang memuji (THANKS!). Oleh itu, jom kita ramai-ramai tengok dengan jelas dan terang cara teguran yang betul. Mungkin ada yang dah jemu dengar benda tu kat sekolah dulu tapi aku akan cakap jugak sebab sekolah aku lain dari sekolah korang (maybe some yang same sekolah dengan aku..hoho..).
Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)Adalah jelas dan terang kat atas tu menyuruh kita menegur dengan berhikmah, dan dengan nasihat yang elok. Macam mane nak tegur dengan berhikmah? Aku ni selalu dijadikan unofficial advisor oleh beberapa rakan-rakan aku, dan kebanyakannya bertanyakan soal baik-buruk, cinta-cinta (yucks!), dan macam-macam lagi. Dan aku jugak selalu mendengar nasihat-nasihat rakan aku terutama Encik Zed, thanks awak!haha. Aku memang FAIL dalam karier sebagai Good Advisor sebab biasanya aku akan point out things yang orang lain tak perasan tapi bertepek kena kat muka dia. Tapi aku tetap gunakan cara berhikmah, puji dulu, agree dulu sebelum point out mana yang kena ubah. Cuma cara aku kalau in-person tu agak provocative sikit sebab masa puji tu ayat mesti manis, tapi bila aku point out benda salah tu kebanyakannya tarik muka, panas telinga pasal memang aku tunjuk yang benda tu is totally freaking wrong!

Rasulullah s.a.w bersabda,‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

2 Responses So Far:
ore buleh kato belako pih... (dgn nada kesian)
hahaha...berat nanang...masalahnyo ore x kato blako,ore kato ckit2 jah..cucuk ckit2...x perabih ayt...mngelirukan ore len..
kalu nk berbisik biarlah di telinga kalu xsey v ambo dgr...kalu nk mengutuk,biarlah di dpn muka ambo biar ambo sedar....
Post a Comment