Hari Raya Aidilfitri merupakan kemenangan bagi umat Islam yang melepasi godaan nafsu dengan berpuasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga sebagaimana Rasulullah bersabda :
"Kami pulang daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar,sesungguhnya jihad melawan nafsu itu lebih besar"
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah saw telah bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi).
MasyaAllah.. Mudahnya dosa diampunkan. Antara diskaun terhebat dalam hidup. Namun, puasa itu perlu datang dengan iman dan ikhlas. Pucuk pangkal, kita yang tentukan kualiti ibadah agar dosa terampun.
Sedangkan apa yang kita buat, puasa dilakukan sambil lewa. Kita yang pilih untuk timbunkan dosa selepas Ramadhan berlalu. Berakhir sahaja Ramadhan, tingkat iman masih di situ, tidak berganjak ke tingkat lebih tinggi. Muhasabah untuk diri saya juga, yang masih lagi mencari erti iman dan ikhlas.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yg mengenali diriku.
Nikmat Itu Ujian, Vice Versa
-
Ujian itu nikmat,
Nikmat itu ujian.
Dalam ujian, akan ada terselit nikmat Allah.
Dalam nikmat, akan ada terselit ujian Allah.
Allah mengkehendaki, agar...
4 months ago
0 Responses So Far:
Post a Comment